Wednesday, January 6, 2010

INI KER PERIKEMANUSIAAN....???




Kenapa boleh sampai begini sifat manusia yang diberi kesempurnaan dari semua makhluk di muka bumi ini... lepas tengok video ini aku tidak memandang dari sudut bangsa, negara mahupun agama(sebab aku percaya dalam setiap agama memang melarang menyeksa makhluk). Tapi menilai dari sudut "Manusia" yang diberikan akal fikiran untuk berfikir..

Klau nak cipta rekod masakan terpantas ok jer.. tapi siap syarat lauk itu mestilah masih bernyawa...Lebih pelik lagi, acara ini dipertandingkan siap ader tukang sorak "chaiyok!!"...aduuus geramnyer aku...

Tidak salah untuk mencari kelainan untuk sesuatu perkara...tapi janganlah sehingga melenyapkan sifat kemanusiaan.

"KEJAM seperti BINATANG" kenyataan nie memang tak bleh dipakai lagi kerana sebenarnya "manusia" lebih kejam daripada itu.....!!!!

MELAYU KE ME-LAYU...


Selalu bermain di fikiran aku…. Memang ejaan dan sebutan adalah sama…tapi sebenarnya ia memberikan makna yang amat jauh berbeza. Ejaan “ME-LAYU” sengaja aku jarakkan untuk membezakan antara dua perkataan itu.

Rasanya tak perlulah aku berikan maksud terperinci macam dalam kamus …tapi perkataan MELAYU itu menjurus kepada bangsa manakala ME-LAYU itu adalah kata sifat yang bermaksud lemah atau tidak bermaya.

Teringat pula aku kata-kata orang lama “ perkara tak elok jangan di sebut…nanti cukup 40 kali, takut akan jadi betul-betul”. Aku pasti ramai dikalangan kita pernah dengar kenyataan itu. Tapi jika dikaitkan dengan topik aku nie...kiranya memang dah azali dan melekat panggilan itu pada bangsa melayu…bangsa aku sendiri..

Mungkin kerana itu jugalah..bangsa aku sekarang nie hanya menang sorak di jalanan dan terus menjuarai kedudukan sebagai penyumbang peratusan tertinggi dalam masalah sosial sekarang ini. Dan memang semua sedar yang mereka inilah juga generasi pelapis bangsa kita kelak…aku juga tak nafikan ada anak jati melayu yang sudah berjaya menempa nama..tapi sejauh mana kejayaan itu…adakah ia sudah cukup seiring atau setanding dan boleh untuk kita berpuas hati?

Itu baru dari sudut remaja dan sosial..jika disentuh tentang pemikiran pula, memang jelas ketara istilah tikam belakang, tuduh menuduh, hasad dengki, dan banyak lagi yang sering dilalui walaupun sesama sendiri (sama bangsa) tak kira sama ada suasana di tempat kerja, dalam perniagaan, jiran tetangga,atau dimana-mana pun. Lagi menyedihkan ada dikalangan kita juga lebih bangga tidak mengaku dirinya Melayu…

Kenapa perkara ini berlaku dikalangan bangsa aku sendiri…adakah kerana istilah “MELAYU” itu harus dipersalahkan?? Sudah tiba masanya kita perkasakan semula semangat bangsa…bukan sekadar bahasa, tapi biarlah meliputi semua perkara…
BANGKITLAH MELAYU…JANGANLAH KITA TERUS ME-LAYU !!!!