Saturday, January 9, 2010

DiLeMa….. CeTaK vs WeB




Baru-baru ini ada laa….aku terbaca artikel daripada akhbar tentang kebimbangan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) berkaitan perubahan arus media negara.

Memang tak dapat dinafikan… masyarakat di Malaysia sekarang ini sedang melalui perubahan besar dalam kehidupan... seiring dengan peningkatan sosio ekonomi dan budaya ….

Tapi dalam tak sedar…setiap perubahan dan pembaharuan dunia serba berteknologi ini... sedikit sebanyak telah menjejaskan beberapa industri termasuklah “media”.

Dalam artikel tersebut ada menyatakan kebimbangan pihak NUJ..... kerana telah wujudnya kemerosotan pengedaran dan kehilangan pembaca yang beralih kepada media alternatif atau media baru.

Memanglah tak dinafikan juga…kita sebagai golongan pembaca memiliki hak secara total dalam pemilihan bahan bacaan….dan persaingan secara sihat perlu wujud …

Tapi dari sudut pandangan lain pula…. kebimbangan itu sangatlah berasas…..kerana isu itu secara tidak langsung akan menggugat masa depan dikalangan penggiat media cetak serta kreadibiliti penulisan etika kewartawanan itu sendiri…. akan turut terhakis suatu hari nanti..…

Janganlah di sebabkan terlalu rakus mengejar “Yang Baru” …sehingga melenyapkan “Yang Lama”....