Wednesday, January 6, 2010

MELAYU KE ME-LAYU...


Selalu bermain di fikiran aku…. Memang ejaan dan sebutan adalah sama…tapi sebenarnya ia memberikan makna yang amat jauh berbeza. Ejaan “ME-LAYU” sengaja aku jarakkan untuk membezakan antara dua perkataan itu.

Rasanya tak perlulah aku berikan maksud terperinci macam dalam kamus …tapi perkataan MELAYU itu menjurus kepada bangsa manakala ME-LAYU itu adalah kata sifat yang bermaksud lemah atau tidak bermaya.

Teringat pula aku kata-kata orang lama “ perkara tak elok jangan di sebut…nanti cukup 40 kali, takut akan jadi betul-betul”. Aku pasti ramai dikalangan kita pernah dengar kenyataan itu. Tapi jika dikaitkan dengan topik aku nie...kiranya memang dah azali dan melekat panggilan itu pada bangsa melayu…bangsa aku sendiri..

Mungkin kerana itu jugalah..bangsa aku sekarang nie hanya menang sorak di jalanan dan terus menjuarai kedudukan sebagai penyumbang peratusan tertinggi dalam masalah sosial sekarang ini. Dan memang semua sedar yang mereka inilah juga generasi pelapis bangsa kita kelak…aku juga tak nafikan ada anak jati melayu yang sudah berjaya menempa nama..tapi sejauh mana kejayaan itu…adakah ia sudah cukup seiring atau setanding dan boleh untuk kita berpuas hati?

Itu baru dari sudut remaja dan sosial..jika disentuh tentang pemikiran pula, memang jelas ketara istilah tikam belakang, tuduh menuduh, hasad dengki, dan banyak lagi yang sering dilalui walaupun sesama sendiri (sama bangsa) tak kira sama ada suasana di tempat kerja, dalam perniagaan, jiran tetangga,atau dimana-mana pun. Lagi menyedihkan ada dikalangan kita juga lebih bangga tidak mengaku dirinya Melayu…

Kenapa perkara ini berlaku dikalangan bangsa aku sendiri…adakah kerana istilah “MELAYU” itu harus dipersalahkan?? Sudah tiba masanya kita perkasakan semula semangat bangsa…bukan sekadar bahasa, tapi biarlah meliputi semua perkara…
BANGKITLAH MELAYU…JANGANLAH KITA TERUS ME-LAYU !!!!

11 comments:

fabija LENDU said...

Tahniah! SIBI dah ada Blog dan identiti tersendiri..

Sama tapi tak serupa...Itulah yang ANA ungkapkan pada kedua2 perkataan tersebut. Diharapkan kepada mereka yang MELAYU tidak tersinggung dengan komen tersebut kerana kita perlu menerima kenyataan walaupun ditelan sedikit pahit rasanya. Walau apapun persepsi yang diterima..MELAYU terkenal dengan sifat LEMAH LEMBUT, SOPAN SANTUN, BERBUDI LUHUR, BERTOLAK ANSUR.asalkan tidak dipraktikkan ke arah NEGATIF. Semoga MELAYU terus maju dan gemilang jangan terus ME-LAYU dan terjatuh menyembah bumi....

ummie jr said...

setiap manusia ada sifat baik dan jahat..melalui pendidikan yg baik, kehidupan didalam masyarakat yang baik akan lahir individu yang baik..jangan menyalahkan bangsa..kerana itu cuma satu identiti untuk mengenali seseorang.. jangan menilai org dari bangsanya shj..:)

shaaaa said...

melayu kuat dengki....mende remeh temeh pon nak dengki...buhsan!!!!!!

Anonymous said...

perbanyakkan lagi entry...baru syok nak baca,,,,hehehehehe.....good job babe....tp betullah.....org melayu mmg malas nak bangkit.

ummie jr said...

hasad dengki ada pada suma org.. bukan org melayu jer..berbangga lah dengan bangsa sendri..jgn asyik nak pandang serong..tgk dari segi yg positif...

Lensa-Mayaku.blogspot.com said...
This comment has been removed by the author.
Lensa-Mayaku.blogspot.com said...

anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
airmata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah kita
cita lenyap diarus zaman

indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ke tangan yang lain
peribumi merintih sendiri

kita sudah tiada masa
bangunlah dengan penuh perkasa
janganlah gagal teruskan usaha
melayukan gagah di nusantara...

ORANGKITE said...

jgn disalahkan pd bangsa melayu tp semuanya terpulang pd diri masing2..
bkn semua MELAYU itu MELAYU..Ada yg hnya MELAYU hnya pada nama..semua bangsa MELAYU patut bangkit semula memperjuangkan dan menaikkan nama MELAYU semula..kita patut sedar yang bangsa lain dlm diam sdg menindas bangsa MELAYU..Cuba lihat sje di PULAU PINANG majoriti penduduknya ialah CINA..org2 melayu terpksa berpindah apabila org cina membeli tanah mereka...xmustahil suatu hr nnt PULAU PINANG akan menjadi milik bangsa lain..AYUH MELAYU BANGKITLAH SEMULA!!!!!!!

Anonymous said...

kita kene tukar nama..memekar..not layu jer..

Soraya Suhaimie said...

very interesting thoughts on the term

Anonymous said...

Ilmu & iman itu penting. Ada kedua2nya maka akan dihormati oleh org/bangsa lain..dan yg paling penting hidup diberkati selalu. AMIN